• Cristiano Ronaldo Cipta Sejarah

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    Cristiano Ronaldo memecah rekod jaringannya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah ketika Real Madrid menewaskan APOEL 6-0 di Stadium GSP, Cyprus awal pagi Rabu.

    Kapten Portugal itu bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini dan hanya menjaringkan satu gol pada aksi La Liga.

    Pada perlawanan itu, Ronaldo meledakkan dua gol masing-masing pada minit ke-49 dan 54.

    Empat lagi gol dijaringkan oleh Luka Modric, Karim Benzema (dua gol) dan Nacho.

    Ia merupakan gol ke-17 dan 18 dijaringkan Ronaldo di pentas Eropah tahun ini.

    Malah dia menjadi pemain pertama meledak gol ke-17 dalam tempoh setahun.

    Ronaldo turut menjaringkan 16 gol pada 2015 tapi kali ini mengatasi rekod tersebut untuk mencipta sejarah tersendiri dalam karier profesionalnya. – mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Cristiano Ronaldo Cipta Sejarah "