• Cobbold Sifatkan Penamatan Perkhidmatan Guru Interim ' Kejam'

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Tindakan Kementerian Pelajaran menamatkan perkhidmatan guru interim di Sarawak baru-baru ini adalah satu tindakan 'kejam'.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John Lusoi berkata, penamatan perkhidmatan seramai 75 orang guru interim adalah tidak patut.

    "Menurut Dato Seri Mahadzir Khalid beliau pernah menyatakan bahawa ia adalah 'penamat' bagi mereka dan menyelar tindakan sebuah akhbar yang melaporkan berkenaan "End of The Road" yang merujuk kepada nasib guru-guru berkenaan.

    "Beliau yang menjelaskan selaras dengan polisi 90:10 dimana kerajaan negeri Sarawak ke arah menjadikan 90 peratus dari guru di Sarawak harus berasal dari Sarawak sendiri," katanya.

    Cobbold turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius mengetengahkan isu ini.

    “Pejabat Ketua Menteri Sarawak menjelaskan bahawa perkhidmatan guru-guru interim yang terlibat tidak akan dibatalkan, tetapi mereka dikehendaki untuk menghadiri satu lagi sesi temuduga dan hanya yang layak akan diterima untuk mengisi jawatan. Semua jawatan guru interim di Sarawak akan diisi oleh rakyat Sarawak sahaja dan tidak timbul isu menggantikan mereka dengan guru bukan dari Sarawak.

    “Saya mempersoalkan kredebiliti kerajaan BN Sarawak dan juga Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan yang diterajui oleh Dato Seri Michael Manyin Jawong. Mereka (guru interim) semua ini graduan dalam bidang pendidikan. Maka tak perlulah nak menjalani ujian lagi. Di mana pendirian kerajaan BN? Adakah mereka tunduk kepada Kerajaan Persekutuan?” persoal Cobbold.

    Tambah Cobbold, kebanyakan guru interim yang ditamatkan perkhidmatan ini dari kalangan masyarakat Dayak.

    Beliau mempersoalkan dimana ketelusan kerajaan BN dalam menangani isu ini dan berkata kerajaan harus mengelakkan diskriminasi kaum.

    Cobbold sangat berharap agar nasib guru interim ini terbela kerana mereka telah berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan beberapa tahun dan ada dikalangan mereka telah pun berumahtangga. .-Sarawakiana



  • No Comment to " Cobbold Sifatkan Penamatan Perkhidmatan Guru Interim ' Kejam' "