• Chong Persoal Tindakan Speaker Tidak Maklum Kehadiran Dr Ting Di DUN

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar yang tidak memaklumkan kepada DUN mengenai kehadiran ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat adalah sebagai tidak menghiraukan intergriti dewan.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau berkata Asfia gagal memaklumkan pengambilan semula wakil rakyat berkenaan dan beliau harus mengetahui tugasnya dan menghormati prosedur DUN dan harus melaksanakan ia dengan adil.

    Jelas Chong, Speaker harus berbuat demikian untuk memaklumkan kepada DUN bahawa keputusannya (melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai ADUN) telah diketepikan oleh Mahkamah Tinggi di mana Dr Ting berada di sini (DUN) tetapi tidak dicatatkan dalam hansard DUN.

    Chong berkata demikian ketika ditemui pemberita pada hari pertama Persidangan DUN di kompleks Dewaan Undangan Negeri semalam.

    Mengulas lanjut, Chong berkata walaupun perkara berkenaan masih menunggu rayuan, Dr Ting kini masih sah sebagai wakil rakyat dan berhak menghadiri persidangan.

    “Saya tahu ia memalukan speaker yang membuat penghakiman sebelum ini... apa yang beliau putuskan di DUN telah diketepikan oleh Mahkamah Tinggi namun sejarah yang berlaku mestilah direkodkan dengan betul di DUN.

    “Sebab itu, sebagai speaker beliau perlu memaklumkan kepada DUN untuk direkodkan secara sah mengapa Dr Ting berada di sini untuk menghadiri persidangan. Ini bukan rumahnya, ini adalah rumah rakyat,” katanya seperti dilaporkan akhbar terbabit.-Sarawakiana

  • No Comment to " Chong Persoal Tindakan Speaker Tidak Maklum Kehadiran Dr Ting Di DUN "