• China Kritik Australia Isu Laut China Selatan

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    BEIJING : China mengkritik Australia kerana membuat `kenyataan tidak bertanggungjawab’ menerusi dokumen polisi negaranya terhadap isu yang melibatkan Laut China Selatan.

    Semalam, Australia melahirkan kebimbangan terhadap `perkembangan dan skala’ aktiviti China di perairan yang menjadi pertikaian yang merupakan sebahagian dokumen strategi luar Canberra.

    Menurut laporan portal BBC, Beijing memaklumkan walaupun dokumen itu dilihat positif tetapi Australia tidak sepatutnya terlibat dalam pertikaian berkenaan.

    Kerajaan Australia hari ini mengendurkan isu tersebut.

    Menteri Luar China, Lu Kang semalam berkata, Australia berulang kali berikrar tidak akan menyebelahi mana-mana pihak terhadap isu berkenaan.

    “Australia tidak terlibat secara langsung dengan isu Laut China Selatan justeru kami ingin menasihatkan Australia agar mengelak dan berhenti mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab terhadap isu berkenaan,” kata Kang. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " China Kritik Australia Isu Laut China Selatan "