• China Hantar 1,000 Tan Beras Ke Syria

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    LATAKIA - SYRIA. Bantuan kemanusiaan sebanyak 1,000 tan beras sumbangan China, untuk diagihkan kepada rakyat Syria, tiba di pelabuhan bandar Latakia, pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

    Sumbangan tersebut, merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 5,404 tan beras yang akan dihantar ke negara dicengkam peperangan itu.

    "China akan bekerjasama dengan pihak Syria untuk memastikan beras dihantar itu, dapat disalurkan kepada rakyat Syria yang memerlukan secepat mungkin," kata kenyataan Kedutaan China di Damsyik.

    Gabenor Latakia, Ibrahim Khudr Salem, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China di atas bantuan yang diberikan.

    China mula menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Syria sejak 2011.

    Pada Mei, China mengumumkan akan menyumbang bantuan makanan kepada negara-negara sedang membangun, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road.

    Di samping itu, China turut bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), selain menyumbang secara langsung ke Syria.

    Pada separuh pertama 2017, kerajaan China menandatangani tiga perjanjian dengan kerajaan Syria untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara bergolak itu, bernilai lebih US$40 juta. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " China Hantar 1,000 Tan Beras Ke Syria "