• CEO Bawa Dadah

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan dihantar pulang ke tanah air Selasa lalu, selepas menjalani hukuman di penjara Dubai atas kesalahan dadah, pada September lalu.

    Beliau dikatakan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 18 September sejurus tiba ke negara berkenaan dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda.

    Menurut sumber, pemeriksaan pada bagasi dibawanya menjumpai sejumlah dadah.

    "Dia kemudian ditahan selama dua minggu di Pusat Tahanan Lapangan Terbang itu untuk siasatan lanjut.

    "Selepas tempoh itu, CEO berkenaan kemudian dipindahkan ke Penjara Pusat Al-Aweer, Dubai untuk menjalani hukuman," katanya.

    Sumber itu berkata, selepas selesai menjalani hukuman, individu terbabit dibebaskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada Selasa lalu.

    Subjects:

  • No Comment to " CEO Bawa Dadah "