• Cecair Apa Tu Kena Kat Muka?

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    Polis sedang mengesan suami isteri yang menyerang seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di depan restoran di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri Puchong, Serdang dekat sini, jam 12 tengah hari, semalam.

    Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa sedang menjalankan tugasnya mengunci tayar kereta dinaiki pasangan terbabit yang tidak meletakkan kenderaan di parkir sepatutnya.

    “Mangsa bersama seorang rakan setugasnya mengunci Honda City milik suspek sebelum pasangan terbabit memarahinya.

    “Suspek lelaki bertindak agresif dengan menyembur sejenis cecair ke muka mangsa sebelum melarikan diri bersama isterinya,” katanya hari ini.

    Menurut Megat Mohamad Aminuddin, ia menyebabkan mangsa sukar bernafas selain pedih di bahagian mata.

    “Pasangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian turut diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cecair Apa Tu Kena Kat Muka? "