• Cebisan Tubuh Bapa Ditemui

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Cebisan tubuh dipercayai milik Anuar Sabone, 40, pekerja ladang yang dibaham buaya di sungai Ladang Sabah Mas Peringkat 3, Lahad Datu, ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian, hari ini.

    Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Bomba dan Penyelamat (BBP) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu menemui cebisan itu jam 10.50 pagi.

    Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, operasi SAR yang disambung pagi tadi menemui cebisan tubuh itu terapung di sungai dipercayai milik mangsa.

    “Cebisan tubuh mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk bedah siasat.

    "Operasi SAR kemudian ditamatkan jam 4.05 petang tadi," katanya hari ini.

    Semalam, Anuar bersama anaknya memasang pukat di sungai berkenaan sebelum dia ditarik seekor buaya jam 12.59 tengah hari.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cebisan Tubuh Bapa Ditemui "