• Cara Duterte Bukan Untuk Malaysia

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Malaysia tidak boleh mengikut jejak langkah Filipina dalam usaha membanteras isu berkaitan dadah kerana ia bertentangan dengan konvensyen antarabangsa, kata Kementerian Dalam Negeri.

    Timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bukan seorang yang ortodoks dalam perjuangannya memerangi dadah di negara tersebut dan Malaysia tidak akan mengamalkan langkah itu.

    "Kami tidak mahu melaksanakan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Jika kita ikut, kesannya akan berlaku di peringkat antarabangsa termasuklah sekatan ekonomi," katanya ketika membuat penggulungan Bajet 2018 yang ditetapkan buat kementerian itu.

    Nur Jazlan berkata demikian ketika menjawab cadangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang berkata, Malaysia harus meniru tindakan Duterte.

    Cadangan Bung menerima tentangan yang hebat daripada pemimpin pembangkang dan bertanya sama ada beliau bersikap serius.

    Perjuangan Duterte memerangi dadah di negaranya bukan sahaja dikritik hebat di Filipina, malahan di peringkat antarabangsa dan tindakan pemimpin itu sudah meragut ribuan nyawa. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Cara Duterte Bukan Untuk Malaysia "