• Bung Jagoi Sebagai Destinasi Pelancongan Sarawak

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+
    Permandangan dari Bung Jagoi di Stesen Rehat Bengoh dalam laluan - Foto Utusan Borneo
    Bung Jagoi, sebuah penempatan kampung lama komuniti Bidayuh Jagoi di Daerah Bau merupakan salah satu destinasi pelancongan di Sarawak.

    Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek, ini merupakan sejarah apabila kampung berusia 175 tahun itu kini berwajah baharu menerusi platform Projek MyKampungMyFuture (MKMF) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

    “Membaik pulih kampung sememangnya akan diberi perhatian dan mewujudkan ‘cultural item’ supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke sini.

    "Usaha menjadikan Bung Jagoi sebagai salah satu tarikan pelancongan, keindahan alam sekitar di kampung tersebut hendaklah sentiasa dipelihara tanpa perlu mengubahnya," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Tambah Nogeh, bukan itu sahaja tetapi ia turut memberi peluang kepada komuniti di kawasan berkenaan membangunkan ekonomi setempat yang berasaskan aktiviti pertanian, perikanan dan ekopelancongan.

    Selain itu, antara tarikan baharu di Bung Jagoi yang dapat dinikmati oleh pengunjung adalah Galeri Budaya Sejarah Jagoi, inap desa, jelajah budaya serta jelajah Jepun serta aktiviti lasak.

    Sepanjang perjalanan ke Jagoi, papan tanda maklumat turut disediakan kepada pengunjung bagi memahami budaya sejarah yang ada di kawasan ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bung Jagoi Sebagai Destinasi Pelancongan Sarawak "