• Bukan Takut Peminat Serbu- Aqasha

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aqasha menepis dakwaan dia takut diserbu peminat kerana hanya sering ditemani pengawal peribadi semasa menyertai Gegar Vaganza musim keempat.

    Jelasnya, semua ‘pengawal peribadi’ itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kru-kru yang menguruskan dia sepanjang program itu berlangsung.

    “Sebenarnya mereka adalah pasukan The A Team yang menguruskan saya termasuk sesi bertemu peminat dan keperluan saya sepanjang program.

    “Mereka sengaja menjiwai karakter pengawal peribadi. Bukan sebab takut peminat serbu atau menakut-nakutkan peminat.

    “Bila mereka ada, lebih senang untuk kita menguruskan sesi bertemu peminat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Bukan Takut Peminat Serbu- Aqasha "