• Bukan Di Malaysia

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Video guru menumbuk pelajar bertubi-tubi seperti yang tular di media sosial, hari ini tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di Bogor, Indonesia.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, kejadian itu sudah dilaporkan di portal berita tempatan Indonesia, Warta Kota yang ia sebenarnya berlaku di Bogor.

    "Dalam video berdurasi 37 saat itu, seorang individu dipercayai guru menumbuk pelajar bertubi-tubi dalam kelas. Malah, pelajar lain yang cuba menghalang tindakan lelaki itu turut dibelasah.

    "Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius perkara ini dan ingin mengingatkan semua pihak agar mengesahkan dahulu semua jenis maklumat yang diterima melalui media sosial," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau turut menyertakan laporan berita portal Indonesia itu sebagai bahan bukti dalam kenyataan medianya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bukan Di Malaysia "