• Bukan bunyi dari San Juan

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    MAR DEL PLATA: Kehilangan kapal selam San Juan milik tentera laut Argentina terus menjadi mimpi ngeri buat semua ahli keluarga serta waris mangsa apabila tiada berita baik diterima setakat ini.

    Terbaharu, pakar menolak kemungkinan bunyi yang dikesan di dasar laut adalah milik kapal terbabit.

    Jurucakap tentera laut, Enrique Balbi berkata bunyi itu mungkin terhasil dari hidupan yang ada di laut itu.

    "Pencarian masih diteruskan," katanya sambil menambah, misi terbabit hingga kini disertai 12 kapal dan 10 pesawat yang menjelajah seluruh pelusuk kawasan pencarian untuk tempoh 24 jam setiap hari walaupun berdepan dengan cuaca buruk.

    Laporan mengenai kemungkinan bunyi bising itu dihasilkan kapal selam terbabit telah membuatkan semua ahli keluarga meletak harapan tinggi untuk melihat semua mangsa dalam keadaan selamat.

    Sebelum ini panggilan kecemasan yang dikatakan dibuat San Juan disahkan sebagai bukan milik kapal selam terbabit.

    Susulan itu, kerajaan Argentina menggunakan khidmat kapal pelbagai guna bagi mengesan kedudukan sebenar San Juan yang hilang sejak lima hari lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bukan bunyi dari San Juan "