• Buffon Tanggal, Baling Seluar

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    TURIN: Pemain bola sepak biasanya membaling jersi kepada peminat mereka selepas wisel penamat, tetapi penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon mengejutkan seorang penyokong apabila dia memberi seluarnya selepas meraih keputusan seri berdepan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

    Buffon yang berusia 39 tahun bersaing buat kali pertama sejak mengumumkan persaraan antarabangsa dengan penuh emosi selepas kegagalan Itali melayakkan diri ke Piala Dunia di Russia tahun depan.

    Barcelona mara ke peringkat 16 terbaik selepas terikat 0-0, tetapi Juventus kekal di kedudukan kedua kumpulan dan boleh layak dengan meraih kemenangan di Olympiakos pada 5 Disember ini.

    Selepas memeluk bintang Barcelona, Ivan Rakitic selepas perlawanan, Buffon kemudian menanggalkan seluar pendek miliknya sebelum membaling ke arah penonton.

    “Hanya satu mata diraih malam ini, tapi ia keputusan yang bagus,” kata Buffon di Twitter miliknya.

    “Ia sentiasa menjadi satu penghormatan berdepan juara yang hebat, seperti Ivan Rakitic.”

    Buffon yang merekodkan 175 penampilan sepanjang 20 tahun bersama Itali mensasarkan penyertaan keenam pada Piala Dunia di Russia.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Buffon Tanggal, Baling Seluar "