• Buah-buah, Sayur-Sayuran Popular Positif Toksin

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    LEBIH 60 peratus daripada lima sayur-sayuran paling popular dijual di pasaran tempatan di Thailand mengandungi bahan kimia berbahaya berlebihan.

    Perkara itu didedahkan Thailand Pesticide Alert Network (Thai-PAN), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kajian mengenai keselamatan makanan.

    Kira-kira 64 peratus sampel kale China, kacang panjang, cili merah, daun basil dan kubis mengandungi residu kimia di atas paras maksimum (MRL), kata Penyelaras Thai-PAN, Prokchol Ousap pada sidang akhbar, Jumaat lalu.

    Penemuan itu diperolehi menerusi ujian terhadap 150 sampel daripada sembilan sayur-sayuran termasuk pegaga, climbing wattle, labu ivy dan teratai serta enam jenis buah-buahan iaitu anggur, betik, pisang, kelapa, nanas dan buah naga.

    Sampel itu dikumpul pada Ogos lalu dari sembilan pasar di sekitar Bangkok, Chiang Mai, Khon Kaen, Pathum Thani, Ratchaburi dan Songkhla serta tiga kedai runcit utama dan empat pasar raya.

    Sementara itu, Kingkorn Narintarakul, wakil NGO BioThai yang bersama-sama menjalankan ujian itu berkata mreka akan menyerahkan hasil penemuan tersebut kepada agensi berkaitan termasuk Biro Komoditi Pertanian dan Piawai Makanan Kebangsaan, Jabatan Pertanian, Pejabat Perlindungan Pengguna dan Bahagian Polis Perlindungan Pengguna.

    Malah, Kingkorn berkata NGO itu turut merancang untuk memfailkan saman terhadap Jabatan Pertanian kerana gagal melindungi pengguna. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Buah-buah, Sayur-Sayuran Popular Positif Toksin "