• Bob Geldof Tak Mmahu Kongsi Anugerah Dengan Suu Kyi

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    DUBLIN: Pemuzik kelahiran Ireland yang juga aktivis masyarakat, Bob Gedolf, semalam menyerahkan semula anugerah Freedom of the City of Dublin yang diterimanya sebagai membantah seorang lagi penerima, Aung San Suu Kyi berhubung penindasan ke atas etnik Islam Rohingya.

    "Saya tidak mahu berada dalam kalangan orang hebat dengan seorang pembunuh.

    "Seseorang yang terbaik dalam membantu pembunuhan beramai-ramai dan bersubahat membunuh," katanya kepada stesen penyiar RTE.

    Lebih 600,000 etnik Islam Rohingya dari Rakhine membanjiri kem pelarian di Bangladesh selepas operasi tentera yang digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pembersihan etnik.

    Nasib mereka mengundang kemarahan seluruh dunia tetapi Suu Kyi, yang sekian lama dilihat sebagai juara hak asasi manusia, dikritik kerana tidak mengendahkan keganasan itu.

    Desakan juga dibuat supaya Anugerah Nobel Keamanan yang dimenanginya pada 1991 ditarik balik.

    Suu Kyi diberikan anugerah Freedom of Dublin pada 1999 ketika dikenakan tahanan dalam rumah oleh kerajaan junta ketika itu.

    Beliau menerima anugerah itu pada satu majlis di Ireland pada 2012, dua tahun selepas pembebasannya.

    "Kaitannya dengan bandar raya ini memalukan kita semua. Kita menghormatinya dan dia memalukan kita," kata Gedolf.

    Datuk Bandar Dublin, Michael Mac Donncha, berkata dewan bandar raya berbincang untuk menarik balik penghormatan itu dan ia masih dinilai. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Bob Geldof Tak Mmahu Kongsi Anugerah Dengan Suu Kyi "