• BNBBC Sarawak Akan Lebih Lantang Hadapi Pembangkang

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak, Paulus Palu Gumbang menggesa setiap ahli untuk lebih lantang sepanjang Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula 8 hingga 17 November ini.

    Menurutnya, BNBBC menerima cadangan bagaimana untuk berdepan ahli pembangkang yang lantang bercakap.

    "Kita menerima cadangan bagaimana untuk menghadapinya. Ini antara yang dibincangkan semasa mesyuarat," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau yang dilantik sebagai pengerusi BNBBC pada Mei lalu berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai Malam Kelab Penyokong pada 17 November yang merupakan hari terakhir Persidangan DUN.

    "Ini merupakan majlis biasa yang dianjurkan kita selepas berakhirnya Persidangan DUN," ujarnya.

    BN kini menguasai DUN Sarawak dengan 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala pembangkang masing-masing dengan tujuah ADUN DAP dan tiga ADUN PKR.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " BNBBC Sarawak Akan Lebih Lantang Hadapi Pembangkang "