• BN Sentiasa Bela Rakyat

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Barisan Nasional (BN) sejak dari dahulu sentiasa memastikan rakyat terus terbela dan menikmati pembangunan secara berterusan menerusi dasar yang diperkenalkan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata, kerajaan BN sentiasa mengamalkan pentadbiran saksama.

    Malah menurutnya, kerajaan melaksanakan pelbagai pelan, rancangan dan polisi bagi memastikan rakyat mendapat nikmat sewajarnya termasuk penyaluran pelbagai peruntukan serta geran.

    "Contohnya, pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan lebih RM3 juta bagi tujuan baik pulih sebanyak 203 rumah penduduk di sini (Kabong)," katanya.

    Mawan menjelaskan, selain penduduk Kabong, kerajaan juga meluluskan pembinaan jeti konkrit di kawasan tebing sungai bagi kerja penyambungan dengan kelulusan dana sebanyak RM700,000.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sentiasa Bela Rakyat "