• BN Selangor serah memorandum kepada Sultan Sharafuddin

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+
    SHAH ALAM 9 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak usul bagi membahas isu kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghina etnik Bugis.

    Selain itu, memorandum tersebut juga sebagai tanda sokongan kepada baginda selepas Sultan Sharafuddin sendiri menzahirkan kemurkaannya kepada Dr. Mahathir serta bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menyatakan pendirian sebenar Selangor ke atas Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan.

    Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai ADUN BN ke Istana Bukit Kayangan berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

    “Memerondum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sendiri selaku ketua negeri telah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya kepada pemberita di luar Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " BN Selangor serah memorandum kepada Sultan Sharafuddin "