• BN Sarawak Sudah Berada Pada Gear Lima - Uggah

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+


    Barisan nasional (BN) Sarawak ketika ini berada pada 'gear lima' dan telah mengatur strategi terbaik untuk menghadapi Pilihan Rya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    "Kita telahpun mengambil langkah, bahkan dalam bajet (negara) 2018, kerajaan persekutuan memberi peruntukan yang besar kepada Sarawak untuk melaksanakan pembanguna di negeri ini," tambah beliau menurut laporan Utusan Borneo.

    Menurutnya, peruntukan ini akan memperkukuhkan matlamat utama kerajaan BN untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

    "BN Sarawak akan menang cemerlang berdasarkan prestasi semasa dan serta khidmat berorientasikan rakyat telah diberi wakil-wakil rakyat BN," ujar beliau. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Sudah Berada Pada Gear Lima - Uggah "