• BN Komited Laksana Pembangunan -Henry Sum

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional komited dalam melaksanakan pembangunan segala janji dapat ditunaikan dengan sebaiknya.

    Memetik laporan akhbar tempatan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata, dalam memastikan pelbagai program pembangunan berorientasikan rakyat meskipun berdepan dengan pelbagai spekulasi negatif, rakyat seharusnya tidak sewenang-wenangnya mempercayai tohmahan yang mengatakan bahawa negara sedang kehabisan wang.

    "Kita tidak harus mempercayai tohmahan tersebut sedangkan projek pembangunan masih berterusan serta keperluan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan penjawat awam melalui bantuan khas kewangan juga dapat dilaksana." katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

    Jelas Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas itu berkata, tumpuan kerajaan dalam menyediakan prasarana pembangunan digital yang selari dengan dubia hari ini.

    Menurutnya, pendidikan di peringkat awal harus didedahkan dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kecekapan menguasai bahasa seterusnya didedahkan dengan ilmu teknologi moden khususnya bagi mempersiapkan diri mereka agar menjadi sebahagian daripada penggerak kemajuan dan bukan lagi sebagai golongan yang terpinggir.

    Beliau berkata demikian ketika Majlis Konvokesyen Tabika dan Taska KEMAS Daerah Lawas baru-baru ini.

    Justeru beliau menyeru ibu bapa agar memainkan peranan mereka dalam membentuk hala tuju anak agar tidak ketinggalan daripada pembangunan yang dipacu oleh era teknologi digital.-Sarawakiana
  • No Comment to " BN Komited Laksana Pembangunan -Henry Sum "