• BN Di Sarawak, Sabah Hanya Mampu Menang Majoriti Rendah - Hariss Salleh

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Belum pun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diumumkan, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh sudah meramalkan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti rendah di Sarawak dan Sabah.

    Bagaimanapun beliau melahirkan keyakinan BN tidak berdepan masalah untuk mengegalkan kemenangan di kedua-dua negeri tersebut.

    Memetik laporan FMT, Harris turut meramal berkemungkinan besar BN hilang penguasaan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia.

    Laporan Sarawakvoice.com menyebut, ramalan Harris itu seiring dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dua bulan lalu.

    Mahathir meramalkan Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan Parti Warisan Sabah memenangi separuh daripada kerusi Parlimen dan negeri di Sabah.

    Harris turut mendakwa bahawa ramai rakyat Sarawak dan Sabah kecewa dengan kerajaan persekutuan kerana dasarnya yang dilihat berat sebelah termasuk berkaitan dasar imigresen yang berbeza di Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.

    Harris menyifatkan penggunaan media sosial dalam membekalkan berita kepada pengundi tidak memihak kepada BN.

    Bagaimanapun, Harris percaya BN akan kembali ke Putrajaya selepas satu atau dua penggal kemudian.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Di Sarawak, Sabah Hanya Mampu Menang Majoriti Rendah - Hariss Salleh "