• Bill Gates Labur AS$50j Cari Penawar Alzheimer's

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+
    WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Bill Gates, semalam mengumumkan beliau melabur AS$50 juta (RM209 juta) bagi membiayai penyelidikan mencari rawatan penyakit Alzheimer's.

    Gates, dalam kenyataan di blognya, berkata beliau membuat pelaburan itu daripada hartanya sendiri dan bukan dengan badan kebajikan Yayasan Bill & Melinda Gates.

    "Daripada semua gangguan yang menimpa kita pada usia tua, satu yang memberi ancaman besar kepada masyarakat iaitu penyakit Alzheimer's.

    "Saintis belum menemui apa sebenarnya punca Alzheimer's atau menghentikan ia daripada merosakkan otak.

    "Di Amerika Syarikat, ia satu-satunya penyebab kematian tanpa sebarang rawatan bermakna," katanya.

    Gates berkata, beliau melaburkan jumlah itu dalam Dana Penemuan Nyanyuk beribu pejabat di London, badan usaha sama persendirian awam yang menyokong penyelidikan inovatif mengenai nyanyuk.

    Hartawan itu berkata, penemuan rawatan Alzheimer's yang dialami hampir 50 juta penduduk seluruh dunia, amat penting kerana penjagaan kesihatan lebih baik bermakna hayat lebih panjang. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bill Gates Labur AS$50j Cari Penawar Alzheimer's "