• Bibir Isteri Boleh Lipat, Luahan Lelaki Ini Cuit Hati

    Published: Saturday, 25 November 2017
    A- A+

    Secara umum terdapat jutaan penduduk di muka bumi ini dengan bermacam-macam kelebihan, ragam dan minded.

    Ada lucu, pelik dan tidak kurang juga yang membuatkan kita berasa kurang selesa dengan sesuatu keadaan itu.

    Menerusi perkongsian yang dipetik daripada laman Facebook Kisah Rumah Tangga ini dilihat agak melucukan dan mencuit hati.

    Ia mengenai luahan seorang lelaki yang berkongsi perasaan terkejut selepas melihat ‘kelebihan’ isteri yang baru dikahwininya dua minggu lepas.

    Berdasarkan posting tersebut, lelaki yang tidak didedahkan identiti itu mengakui terkejut selepas melihat kelebihan isterinya yang boleh melipat bibir.

    “Saya baru berkahwin dua minggu lepas. Terkejut saya tengok mulut isteri saya macam ni. Dia cakap bibir dia boleh lipat, saya macam TAK percaya kemudian saya suruh dia lipat nak tengok depan-depan.

    “Allahu terkejut saya macam nak pengsan. Soalan saya normal ke ada setengah orang boleh lipat macam ni? Ada ke yang boleh lipat? Kalau tak normal saya nak bawa dia hospital 😷,” tulisnya menerusi perkongsian itu.

    Pertanyaan melucukan daripada lelaki berkenaan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata antara mereka terhibur dengan perkongsian berkenaan.

    Apa yang lagi mencuit hati, terdapat juga segelintir wanita yang begitu gigih cuba melipat mulut mereka seperti itu.

    Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat mendapat lebih daripada 14,000 likes dan 4,000 komen menerusi laman berkenaan.

    Alahai, macam-macam peel manusia ni kan. Haaa… Tengah cuba lipat bibir juga kettuw? HAHAHA… – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Bibir Isteri Boleh Lipat, Luahan Lelaki Ini Cuit Hati "