• Beyonce Terima Bayaran Paling Mahal

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+


    Penyanyi, Beyonce mengungguli senarai Penyanyi Wanita Menerima Bayaran Tertinggi Dalam Industri Muzik selepas dilaporkan meraih pendapatan berjumlah AS$105 juta (RM436 juta).

    Majalah Forbes melaporkan, pendapatan tersebut kebanyakannya diperolehi Beyonce, 36, melalui kejayaan konsert jelajahnya, Formation World Tour.

    Tempat kedua diduduki penyanyi Adele dengan pendapatan sebanyak AS$69 juta (RM286 juta) yang diperoleh sejak melakukan konsert jelajah pertamanya pada tahun 2011.

    Manakala penyanyi Taylor Swift terpaksa menurunkan takhtanya apabila sekadar berada di tangga ketiga diikuti Celine Dion dan Jennifer Lopez yang masing-masing di tangga keempat dan kelima. – UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Beyonce Terima Bayaran Paling Mahal "