• Beruang Kebuluran Diselamatkan

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Kesian…dua ekor beruang yang kelaparan dan kebuluran ini akhirnya merasai kebebasan selepas menghabiskan usia mereka dalam kandang sambil menyaksikan pelanggan makan di sebuah restoran tepi sungai di Yerevan, Armenia.

    Misha dan Dasha telah dikurung dalam kandang besi itu selama 10 tahun dan hanya mengharapkan sisa makanan daripada pelanggan restoran terbabit.

    Seperti binatang lain, beruang terbabit dijadikan sebagai hiburan kepada pelanggan di restoran atau pusat beli belah seluruh Armenia.

    Namun selepas kisah Misha dan Dasha tersebar, orang ramai telah membuat kutipan hinggakan membawa kepada pembebasan beruang yang trauma serta kelaparan itu.

    Sebaik sahaja kandang besi itu dibuka, sukarelawan dari British dan Armenia telah menyuntik ubat pelali sebelum memindahkannya ke atas bukit, tempat di mana beruang itu akan menetap sehingga akhir hayatnya.

    Jika semuanya berjalan lancar, Dasha dan Misha akan menjadi beruang pertama daripada 80 ekor yang akan dibebaskan dan diberikan kehidupan baru, dalam masa beberapa bulan ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Beruang Kebuluran Diselamatkan "