• Bentang MA63 Di DUN Langkah Terbaik

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+
    Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan isu penting yang selama ini mempunyai berbagai versi sehingga mengelirukan rakyat negeri ini. Malah ada yang mahu Sarawak keluar dari Malaysia.

    Tidak ketinggalan pihak pembangkang terutama DAP cuba mengambil kesrmpatan terhadap isu terbabit demi kelangsungan politik. Pelbagai propaganda di reka untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional Sarawak dan menambah kekeliruan rakyat.

    Namun ramai netizen bersetuju dengan langkah kerajaan supaya MA63 dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan ia merupakan tindakan terbaik untuk berdebat serta membongkar fakta sebenar apa sebenarnya MA63 yang masih menjadi tandatanya rakyat.

    Netizen menganggap isu tersebut bukan boleh di selesaikan sekadar menyatakan di media sosial semata-mata. Ia memang sesuai didebat di DUN yang akan menyaksikan kedua pihak di antara kerajaan dan pembangkang.

    Dengan demikian akan terjawab kekeliruan rakyat selama ini yang mengharap MA63 diterjemah dalam maksud sebenar dan apa sebenarnya yang dinyatakan sebagai hak Sarawak.

    Ada netizen yang mahukan MA63 dicatit dalam buku sejarah Malaysia jika definisi tersebut tercapai menerusi perdebatan dan pembentangan di DUN.

    Ramai yang berpandangan generasi akan datang harus memahami MA63 menerusi buku sejarah dan tidak akan timbul kekeliruan pada masa akan datang andai isu tersebut diselesaikan secara betul. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Bentang MA63 Di DUN Langkah Terbaik "