• Benarkah Penduduk Terlibat NCR Merasa Terbeban?

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    Perhimpunan Aman NCR di Mahkamah lama Kuching beberapa hari lepas yang dianjur Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (SADIA) hanya mampu menghimpun kira-kira 1000 peserta, walaupun jangkaan awal mengatakan sekitar 10,000 akan hadir.

    Objektif utama perhimpunan tersebut ialah menggesa kerajaan negeri meminda Sarawak Land Code 1958 dengan memasukan ‘Pulau Galau dan Pemakai Menoa’ untuk membolehkan Dayak menuntut tanah tersebut yang sekian lama tiada penyelesaian.

    Namun disebalik perhimpunan, terdapat luahan segelintir peserta yang terlibat dengan isu NCR berkenaan kos untuk menuntut tanah tersebut sangat membebankan dan luar jangkaan.

    Antara luahan peserta ialah beban kos guaman yang mereka tanggung sendiri untuk membawa kes NCR ke Mahkamah.

    Selama ini mereka mengharap tanah NCR akan kembali bila kes berkenaan dibawa ke mahkamah. Malah ada pihak sanggup menemui mereka jauh di pendalaman semata-mata untuk membawa isu tersebut ke mahkamah.

    Namun setelah sekian lama naik turun mahkamah, isu NCR tidak juga dapat diselesaikan. Tetapi kos guaman semakin meningkat bila perbicaraan demi perbicaraan berlaku di mahkamah.

    Selain kos guaman, mereka juga terbeban dengan kos penginapan dan perjanan ke bandar sepanjang perbicaraan berlangsung, sedangkan kes tetap tidak selesai. Wang yang dikumpul bertahun-tahun habis hanya kerana mahukan NCR menjadi milik sah.

    Apa yang telah berlaku terhadap mereka sepatutnya menjadi ikhtibar pihak lain agar tidak mengalami hal yang serupa.

    Disebabkan isu berkaitan NCR turut mengheret pertindihan yang melibatkan pihak lain, kerajaan telah mewujudkan saluran untuk mengusul dan berbincang mengenai NCR dan mahukan keputusan yang jitu agar adil kepada semua pihak. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Penduduk Terlibat NCR Merasa Terbeban? "