• Bekas Pelajar Cemerlang 2004, Kongsi Kisah SPM

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Di saat para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang bergelut dengan peperiksaan tersebut, bekas pelajar cemerlang 2004, Nur Amalina Bakri berkongsi kisahnya setelah tamat mengambil peperiksaan yang mengubah hidupnya itu.

    Dia yang pernah menggemparkan negara apabila berjaya memperolehi 17A1 dalam peperiksaan tersebut berkongsi kisah tersebut menerusi laman Twitter miliknya.

    "Saya masih ingat dengan jelas hari terakhir mengambil kertas peperiksaan SPM, saya pulang ke rumah dan terus mengemas beg (merdeka!).

    "Terbang ke Itali keesokan harinya untuk tinggal bersama keluarga angkat sementara tunggu keputusan keluar.

    "Masa dihabiskan dengan makan, belajar bahasa Itali dan Sepanyol, ia merupakan salah satu percutian terbaik saya," tulisnya.

    Tambahnya lagi, dia hanya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum keputusan SPM keluar.

    "Saat bangun pada pagi keputusan SPM keluar, wartawan dah tunggu depan rumah sampai kena duduk di hotel berdekatan.

    "Selebihnya, anda semua tahu," tulisnya lagi.

    Amalina kini yang sudah melalui beberapa pengajian kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Pelajar Cemerlang 2004, Kongsi Kisah SPM "