• Bayi Menangis Tak Henti, Bapa Tumbuk Hingga Mati

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Seorang bapa yang menumbuk bayi perempuannya yang baru berusia dua hari sehingga mati dipenjara seumur hidup.

    Liam Deane, 22, didakwa berang apabila anaknya yang dikenali sebagai Luna tidak berhenti menangis.

    Ibu Luna, Karen Bissett, 21, meninggalkan anaknya itu bersama Deane sementara dia mahu berehat.

    Namun dia gagal mengawal kemarahannya apabila Luna menangis tanpa henti.

    Michael Smith, yang bertindak sebagai pendakwa berkata, Luna mengalami kecederaan pada otak, badan dan juga mukanya.

    “Suspek beritahu dia bertanggungjawab terhadap semua kecederaan yang dialami mangsa. Dia kata tidak tahan dengan bunyi tangisan mangsa,” kata Smith.

    Bissett berkata Deane memberitahunya bahawa Luna telah terjatuh.

    Ambulans dikejarkan ke rumah mereka selepas Luna mengalami sesak nafas akibat terjatuh sebagaimana didakwa Deane.

    Pasukan paramedik tiba dan menyedari bahawa muka Luna mengalami kesan lebam yang teruk.

    Luna dikejarkan ke Leeds General Infirmary sebelum disahkan meninggal dunia di unit rawatan intensif pada 14 Julai lalu.

    Deane bagaimanapun mengaku menumbuk Luna di muka, mencubit badan dan tangannya sebelum bertindak menggoncang mangsa. - TV14

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Menangis Tak Henti, Bapa Tumbuk Hingga Mati "