• Bayi Dalam Beg Kertas Di Surau Stesen Minyak

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    SERDANG: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi.

    Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan bayi itu pada jam 7.26 pagi.

    Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.

    "Bayi itu ditemui orang awam berbungkus kain batik dan diletakkan dalam beg kertas di surau perempuan stesen minyak itu.

    "Pihak kami memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

    - Berita Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Dalam Beg Kertas Di Surau Stesen Minyak "