• Bayar Pampasan Bukti Kerajaan Tidak Rampas Tanah - Awang Tengah

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    LIMBANG: Pembayaran pampasan tanah membuktikan kerajaan tidak merampas tanah seperti didakwa pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

    Menurutnya, kerajaan membayar pampasan yang adil dan munasabah kepada pemilik tanah apabila pengambilan balik dilakukan selaras dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

    "Tindakan pengambilan balik tanah yang dilakukan kerajaan adalah mengikut perancangan dalam pelaksanaan pembangunan termasuk kemudahan kepada rakyat," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Awang Tengah memberitahu isu pengambilan balik tanah tanpa notis dan tanpa pembayaran pampasan tidak timbul sama sekali kerana tujuan kerajaan adalah melaksana pembangunan dan kemudahan demi rakyat.

    Tambahnya, pelaksanaan pembangunan akan merancakkan ekonomi dan industri pelancongan sekaligus memajukan pembangunan.

    "Penting bagi rakyat untuk memahami serta menyedari hasrat murni kerajaan dan memberi kerjasama serta menyokong pelaksanaan kerja demi kebaikan pada masa depan," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bayar Pampasan Bukti Kerajaan Tidak Rampas Tanah - Awang Tengah "