• Barat Daya AS Dilanda Cuaca Panas Melampau

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    LOS ANGELES: Bahagian barat daya Amerika Syarikat (AS) dijangka berdepan dengan peningkatan suhu panas melampau dan keadaan itu diramal memuncak pada hujung minggu ini.

    Suhu di selatan California dijangka boleh meningkat sehingga 33 darjah celcius bermula semalam dan hari ini, manakala di Phoenix dan Arizona suhu meningkat kepada 31 darjah celcius iaitu 20 darjah lebih tinggi daripada kebiasaannya.

    Perkhidmatan Cuaca AS (NWS) berkata, pekan Oxnard dan Camarillo di selatan California sudah memecahkan rekod peningkatan suhu iaitu setinggi 32 dan 34 darjah celcius, sekali gus memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk bersedia menghadapi suhu yang lebih panas dalam tempoh terdekat.

    - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Barat Daya AS Dilanda Cuaca Panas Melampau "