• Barang Keperluan Asas Tidak Dikenakan GST

    Published: Sunday, 26 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa barang keperluan asas seperti minyak masak, gula, garam tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

    Perdana Menteri, berkata barangan lain yang tidak dikenakan GST termasuk beras, tepung, roti.

    "Tahun ini #Bajet2018 pula saya umum semua jenis bahan bacaan GST sifar. Barangan yang dikenakan GST, hasilnya pula kerajaan pulangkan semua kepada rakyat," katanya di laman Twitter rasminya, malam tadi.

    Najib berkata, perkara lain yang diberi pelepasan GST dalam pembentangan bajet pada 27 Oktober lalu adalah perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan majalah dan komik.

    Selain itu, import industri minyak dan gas; import barangan 'big ticket' seperti kapal dan kapal terbang, struktur terapung serta pelantar minyak juga diberikan pelepasan GST.

    Sementara itu, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan pemaju perumahan, pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat hasil sumbangan derma yang diluluskan untuk kontrak pembinaan bermula 1 April lalu, turut tidak dikenakan GST. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Barang Keperluan Asas Tidak Dikenakan GST "