• Bapa Hilang Diheret Buaya

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Lelaki pekerja Syarikat Perladangan Sabah Mas Peringkat 3, Lahad Datu, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya selepas keluar memasang pukat di sungai berdekatan ladang itu, hari ini.

    Dalam kejadian 12.59 tengah hari itu, mangsa dikatakan bersama anaknya ke sungai berdekatan sebelum mangsa ditarik seekor buaya.

    Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa pada 4.49 petang.

    “Sepasukan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

    “Kami sudah mengambil maklumat lanjut dan melakukan tinjauan untuk penilaian sebelum meneruskan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bagaimanapun menurutnya, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan dan akan disambung esok berikutan hari sudah gelap.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Hilang Diheret Buaya "