• Banjir: RM9.3 Juta Bantu Pesawah Terjejas Di Pulau Pinang, Kedah

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperuntukkan RM9.3 juta sebagai bantuan penanaman semula kepada pesawah yang terjejas di Pulau Pinang dan Kedah.

    Kira-kira 10,516 hektar sawah padi terjejas dengan bencana banjir besar melanda di kedua-dua negeri itu membabitkan 5,941 pesawah.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata jumlah itu adalah laporan awal diterima daripada pasukan pemantau banjir di kawasan terjejas.

    Katanya, sekitar 9,680 hektar sawah padi terjejas membabitkan 5,547 pesawah adalah di Pulau Pinang dan lebih 835 hektar membabitkan 394 pesawah adalah di Kedah.

    "Bagi meringankan beban pesawah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui jawatankuasa bencana dianggotai Jabatan Pertanian dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) sedang membuat penilaian berhubung bilangan sebenar pesawah yang terbabit.

    "MOA akan menyediakan bantuan penanaman semula padi bagi setiap hektar apabila jawatankuasa itu memuktamadkan penilaian," katanya dalam satu kenyataan, semalam. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Banjir: RM9.3 Juta Bantu Pesawah Terjejas Di Pulau Pinang, Kedah "