• Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Kuching

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa jam lalu mengakibatkan beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar raya ini dilanda banjir kilat.

    Antara kawasan yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter ialah di sekitar Jalan Tun Abang Haji Openg, berdekatan Padang Merdeka dan Jalan Tebingan Kuching di sini.

    Terdapat juga beberapa buah kedai yang terletak di tepi jalan berkenaan dinaiki air.

    Bagaimanapun, setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada jalan ditutup akibat banjir kilat itu. - K! ONLINE



  • No Comment to " Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Kuching "