• Banjir: Hujan Lebat Luar Jangkaan Faktor Utama

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Hujan lebat dan air pasang menjadi punca banjir melanda Pulau Pinang sejak kelmarin.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, apa yang berlaku merupakan satu situasi yang di luar jangkaan.

    “Banjir yang melanda Pulau Pinang sememangnya di luar jangkaan dan terburuk dalam tempoh 20 tahun,” katanya selepas sidang akhbar khas mengenai banjir di utara Semenanjung negara di sini hari ini.

    Beliau dalam masa sama turut mendesak pembangunan di lereng bukit dihentikan ekoran tanah runtuh juga berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Banjir: Hujan Lebat Luar Jangkaan Faktor Utama "