• Bangkai belalang ditemui pada lukisan Van Gogh

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Seekor bangkai belalang ditemui terlekat pada sekeping lukisan milik pelukis legenda, Vincent Van Gogh selama 128 tahun di sebuah muzium di Kansas.

    Perkara itu disedari seorang penjaga, Mary Schafer di Muzium Seni The Nelson-Atkins yang menemui bangkai kecil berwarna coklat dan kering di bahagian bawah lukisan itu semasa menganalisa karya terbabit.

    "Saya sedang cuba memahami dan meneliti setiap lapisan lukisan itu untuk melihat bagaimana ia dihasilkan. Pada ketika itulah saya menemui bangkai serangga berkenaan.

    "Penemuan ini membuatkan kita melihat karya Van Gogh sebagai satu hiburan," katanya.

    Kejadian berkenaan yang diumumkan minggu ini menggambarkan tabiat pelukis itu yang gemar melukis di luar dan terdedah kepada cuaca berangin, berdebu serta serangga berterbangan.

    Menerusi sepucuk surat kepada abangnya, Theo pada 1885, Van Gogh mengakui secara tidak sengaja mungkin sudah memerangkap ratusan lalat pada empat lukisan yang akan diterima abangnya itu, tidak termasuk debu dan pasir berterbangan.

    Bagaimanapun, pelukis handalan itu bukan seorang pembunuh serangga.

    Seorang pakar kaji serangga, Michael Engel dari Universiti Kansas, berkata bangkai itu tidak memiliki beberapa bahagian penting, menandakan serangga itu sudah mati ketika terlekat pada kanvas lukisan Van Gogh. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bangkai belalang ditemui pada lukisan Van Gogh "