• Banduan Tukar Uniform, Rebut Gelaran 'Ratu Cantik Penjara'

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    RIO DE JANEIRO : Banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara di sini telah menukar pakaian seragam mereka dan memakai gaun untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik penjara.

    Setelah bersolek dan rambut mereka didandan, 10 penghuni di pusat tahanan Talavera Bruce menyarung kasut tumit tinggi dan melakukan ‘catwalk’ untuk diadili dari segi kecantikan, daya tarikan dan sikap sambil disaksikan 440 penghuni dan ahli keluarga banduan yang bertepuk tangan memberikan sokongan.


    Program yang dikawal ketat ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan wanita yang menjalani hukuman penjara dan membuka peluang untuk mereka bertemu dengan ahli keluarga masing-masing yang jarang-jarang ditemui.

    "Sepanjang acara ini, saya tak rasa seperti berada di penjara," kata Michelle Rangel, 28.

    "Jiwa saya bebas," kata Rangel yang merupakan pemenang untuk tahun lepas.

    Dia sedang menjalani hukuman atas kesalahan mengedar dadah.

    Tahun ini gelaran ratu cantik penjara itu diberikan kepada Mayana Alves. -AP

    Subjects:

  • No Comment to " Banduan Tukar Uniform, Rebut Gelaran 'Ratu Cantik Penjara' "