• Balasan Pukul Bini Tua Kuat Membebel

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    KOTA BHARU – Seorang tukang rumah menerima padah apabila dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas memukul isteri pertamanya ke­rana tidak tahan mendengar be­belan wanita itu.

    Majistret Mohd. Azrul Ha­syimi Mohammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Harun Talib, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah

    Mohd. Azrul Hasyimi turut mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula dari tarikh tangkap iaitu 29 Oktober lalu.

    Mengikut pertuduhan, tukang rumah itu didakwa dengan se­ngaja telah menyebabkan kece­deraan pada bibir isterinya, Miss Maehyae Sani, 53, di sebuah rumah di Lot 280, Jalan Sri Cemerlang di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 28 Oktober lalu

    Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. - Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Balasan Pukul Bini Tua Kuat Membebel "