• Bakal Pengantin Melecur Disimbah Ramen Mendidih

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    MARAH kerana rakannya memburukkannya di media sosial, seorang wanita, Kim telah menyimbah rakannya itu, Goo dengan ramen yang sedang mendidih hingga mengakibatkan kecederaan parah ke atas wanita itu.

    Selepas mencurahkan ramen panas itu, Kim turut menyerang Goo dengan senjata.

    Serangan itu berlaku dalam masa sejam sehinggalah Goo berjaya melarikan diri dari apartmen berkenaan dan meminta bantuan jiran mereka.

    Goo kini mengalami luka lecur di muka dan kaki. Dia perlu menjalani rawatan selama dua tahun dan Goo juga perlu menerima pemindahan kulit.

    Ia mengecewakan Goo yang merupakan bakal pengantin dan sibuk bersiap untuk persiapan perkahwinannya.

    Dalam pada itu, teman lelaki Goo berkata, Kim telah datang ke hospital dan mendakwa dia juga menjadi mangsa.

    “Dia turut memaki hamun kekasih saya,” katanya.

    Pada mulanya polis hanya menyiasat kes itu sebagai serangan bersama selepas mendengar keterangan daripada Kim namun kini pihak berkuasa telah mengeluarkan waran bagi menangkap Kim susulan kritikan keras masyarakat. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Bakal Pengantin Melecur Disimbah Ramen Mendidih "