• Bakal Dipenjara Kerana Hina Presiden Zimbabwe

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    HARARE - ZIMBABWE. Seorang wanita berusia 25 tahun bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atas dakwaan menghina Presiden negara tersebut, Robert Mugabe.

    Memetik laporkan foxnews.com, graduan lepasan Universiti New York, Martha O’Donovan didakwa melabel Mugabe sebagai seorang yang menjijikkan.

    O'Donovan dilaporkan memuatnaik foto presiden bersama kapsyen tersebut menerusi Twitternya.

    Jika disabit kesalahan, O'Donovan yang kini direman polis bakal berdepan dengan hukuman penjara lebih kurang dua dekad.

    O'Donovan ketika membuat penampilan pertamanya di mahkamah menafikan dakwaan ke atasnya, sambil menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai suatu yang tidak berasas dan berniat jahat.

    Peguam O'Donovan, Rose Hanzi, memberitahu mahkamah pertuduhan subversi adalah tidak sah kerana polis tidak memaklumkan tuduhan ke atas wanita itu ketika dia ditahan di rumahnya di Harare, pada pagi Jumaat.

    Mahkamah tidak bersetuju dan memutuskan O'Donovan akan kekal dalam tahanan sehingga minggu ini.

    Hanzi berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk jaminan kepada Mahkamah Tinggi.

    O'Donovan bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mahupun komen ketika keluar daripada mahkamah.

    Difahamkan, O'Donovan merupakan kakitangan kepada saluran sosial media tempatan, Magamba TV.-Sinarharian

    Subjects:

  • No Comment to " Bakal Dipenjara Kerana Hina Presiden Zimbabwe "