• #Bajet2018 Dapat Sokongan Hebat Kaum India Merentasi Fahaman Politik

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Pada keseluruhanya, kaum India rasa gembira dengan Bajet 2018 kerana pelbagai initiative diumumkan dalam Bajet 2018 yang kebanyakannya mencerminkan aspirasi mereka. Malah sebahagian besar inititif , dengan peruntukan khas, dalam menjamin hala tuju pembangunan kaum India dilihat mengembirakan masyarakat India merentasi kefahaman politik antara kaum India . Malah Bajet 2018 jelas terbukti kerajaan kepimpinan Najib semakin komited melaksanakan program pembangunan bagi memperkasakan ekonomi kaum India bagi jangka waktu pendek dan panjang.

    Antara initiatif utama yang baru dan amat menarik perhatian malah melegakan hati sebahagian besar kaum India adalah pengagihan khas sejumlah RM 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1 Malaysia kepada kaum India. Selain itu, seperti Bajet tahun 2017, sejumlah RM 50 juta diperuntukkan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India.

    Peruntukan lebih RM 230 juta melalui Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India ( SEDIC) dan RM 50 juta melalui TEKUN dalam Bajet 2017 telah terbukti meningkatkan pendatapan isi keluarga kumpulan B40 masyarakat India. Sebagai contoh, pendapatan isi rumah kaum India dilaporkan telah meningkat daripada RM 3,456 pada tahun 1999 kepada RM 6,246 menjelang tahun 2017.

    Apabila Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India atau Blue Print (MIB) dilancarkan, Najib berjanji akan menyediakan peruntukan lebih RM 1 bilion untuk mengatur hala tuju masa depan 1.7 juta orang India di negara ini, pihak pembangkang mengkritik malah mendakwa MIB adalah satu gimmik politik untuk memancing undi menjelang PRU14. Disebaliknya, Najib menepati janji beliau dengan mengkhaskan peruntukan lebih daripada RM 1 bilion dalam Bajet 2018 untuk pembangunan kaum India. Ini jelas menunjukkan bahawa janji Najib bukan retorik kosong bermotif politik atau vetti pechu tetapi realiti dan pasti di laksanakan.

    Bajet 2018 dijangka akan membantu menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India (MIB). MIB mensasarkan 695,030 orang India, yang dikenalpasti berada dalam kategori B40, iaitu 40% isi rumah terbawah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855 diseluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 139,010 keluarga menetap di 38 daerah di 9 negeri dengan pendapatan kurang dariapda RM2,537 sebulan. Dengan itu, initiatif-initiatif Bajet 2018 dijangka akan membantu meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40 kaum India secara khususnya.

    Bajet 2018 juga dilihat memenuhi harapan dan aspirasi kaum India secara amnya dan ibu bapa secara khususnya dalam bidang pendidikan anak-anak mereka. Bajet 2018 menetapkan bahawa kerajaan akan mempastikan pengambilan kaum India ke institusi pengajian tinggi dan perkhidmatan awam pada kadar sekurang-kurangnya sebanyak 7 peratus pada masa akan datang. Initiatif ini benar-benar menyeronokkan hati warga kaum India yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan golongan merentasi kumpulan dan golongan malah fahaman politik yang berbeza-beza dikalangan masyarakat India.

    Dalam pada itu, meningkat equiti kaum India merupakan satu-satunya impian masyarakat India sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1974. Impian itu hampir menjadi kenyataan apabila Bajet 2018 memperuntukkan initiative pengagihan khas unit Tabung Amanah 1Malaysia berjumlah RM 1.5 bilion kepada kaum India. Inititif ini dijangka akan membantu kaum India meningkatkan equiti mereka dalam menikmati kekayaan negara bersama-sama kaum lain.

    Berhubungan dengan peruntukan khas bagi menambahbaikan dan penyelengaraan Sekolah Tamil, RM 50 juta disediakan dalam Bajet 2018 . Initiatif ini merupakan satu inisiatif yang berterusan sejak Bajet 2014 dan ianya jelas menunjukkan Najib terus fokus dan prihatin terhadap infrastruktur malah masa depan sekolah Tamil di negara ini.

    Meskipun pihak pembangkang mendakwa kononya BN kurang mengambil kira terhadap kepentingan kaum India, malah kaum India dipinggirkan, disebaliknya dasar inklusif dan initiatif sosio ekonomi yang di laksanakan oleh Najib, terutamanya peruntukan-peruntukan khas yang disediakan dalam Bajet tahunan kerajaan sejak beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan, jelas menunjukkan beliau terus beriltizam untuk memperkasa ekonomi kaum India. Bajet 2018 jelas terbukti Najib menyelami denyutan hati rakyat Malaysia secara amnya dan masyarakat India secara khususnya. Kaum India kini lebih yakin bahawa masa depan mereka akan lebih cemerlang dan gemilang atau ‘Naalai Namathey’ dibawah pentadbiran kerajaan BN kepimpinan Najib.


    Ditulis oleh;

    Datuk M.Periasamy,
    Penganalisa Politik/ Felo JASA, Jabatan Hal Ehwal Khas,
    Kementerian Komunikasi & Multi Media

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018 Dapat Sokongan Hebat Kaum India Merentasi Fahaman Politik "