• Bajet Wayang Guan Eng Di Pulau Pinang

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+
    Semalam, Guan Eng membentang bajet untuk negeri Pulau Pinang. Keseluruhannya, bajet yang dibentang Guan Eng itu penuh dengan wayang opera semata mata. Tidak ada langsung peruntukan untuk masalah tanah runtuh, masalah kesesakan trafik dan tebatan banjir. 

    Guan Eng awal awal lagi sudah berbohong dan bermain wayang di perengan kedua ucapannya. Guan Eng berkata “benar kita tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan, tetapi kita juga tidak berpengalaman dalam rasuah”. 

    Hari ini Guan Eng adalah Ketua Menteri yang penuh terpalit dengan skandal rasuah. Ada dua lagi kes rasuah di mahkamah yang perlu Guan Eng hadiri perbicaraannya pada 14 November ini. 

    Peruntukan untuk Penang Institute yang pernah membuat cadangan agar sejumlah 1.2 juta penjawat awam dibuang di Putrajaya ditambah oleh Lim Guan Eng. Dalam isu kesesakan trafik, Guan Eng hanya mengharapkan Rapid Penang untuk tambah sampai 200 buah bas, namun tiada langsung perancangan yang sistematik untuk atas kesesakan lalulintas.

    Kos yang diluluskan untuk bas sebanyak RM15 juta sahaja tetapi untuk laluan basikal lebih mahal lagi iaitu RM45 juta untuk hanya 39.2 km sahaja. Bermakna satu kilometer laluan basikal bernilai RM1.14 juta.

    Sebelum ini, DAP sudah buat projek laluan basikal sepanjang 12.5 kilometer yang menelan kos RM30 juta. Satu kilometer menelan belanja RM2.4 juta. Buat kajian terowong pun mahal, buat laluan basikal pun lagi mahal nampaknya. 

    Apa keperluan kerajaan DAP bina kompleks sukan baru bernilai RM100 juta di Pulau Jerjak dan stadium hoki baru di Bukit Mertajam yang melibatkan kos RM7 juta? Guan Eng hendak anjur Sukan Olimpik kah? Projek yang hendak dibuat seolah olah seperti tergesa gesa sahaja tanpa melihat secara menyeluruh pembangunan sukan di Malaysia. 

    Kos membangunkan Daerah Seni Pulau Pinang yang menelan belanja RM30 juta itu adalah terlalu besar. Kos RM30 juta ini mengapa tidak dibuat untuk selesaikan masalah yang lebih utama di Pulau Pinang iaitu menyelesaikan banjir. 

    Sudah 119 kali, Pulau Pinang dilanda banjir kilat. Guan Eng hendak bangunkan “Daerah Bawah Laut” di Pulau Pinang jika masalah banjir ini tidak diselesaikan. 

    Dalam isu banjir, Guan Eng dan DAP hendak minta bantuan daripada kerajaan pusat. “Terdapat keperluan untuk menggesa Kerajaan Persekutuan untuk segera menjalankan projek tebatan banjir’ ini yang ditulis dalam perenggan 70 ucapan bajet Pulau Pinang. 

    Kalau tidak buat kompleks sukan dan daerah seni, sudah boleh kumpul RM130 juta. Sudah boleh selesai projek tebatan banjir. Kenapa Guan Eng hendak minta kerajaan BN lagi, peruntukkan yang diberi sebelum ini, ke mana ianya disembunyi?

    Dalam bajet ini juga, Guan Eng telah menyatakan mengenai konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) di mana ia dilaksanakan dalam pentadbirannya dan sekali lagi dalam bajet negeri, isu berkenaan telah dibangkitkan lagi.

    Namun layakkah beliau bercakap lagi mengenai CAT sedangkan beliau sendiri terpalit dengan rasuah? Jika diri sendiri tidak betul bagaimana mahu memimpin sebuah negeri?

    Apa yang pasti, beliau dan Menteri Besar Selangor, bukan main lagi menutuk bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tetapi kalau dilihat kepada bajet negeri, tiada yang menarik pun.

    Kalau Najib mengumumkan berita gembira untuk memansuhkan tol di tiga negeri iaitu Kedah, Selangor dan Johor, kenapa Guan Eng tidak berani memansuhkan tol Sungai Nyior? Jadi kepada penduduk Pulau Pinang, tuntutlah daripada Guan Eng untuk menghapuskan tol berkenaan.

    Tengok sama ada berani atau tidak Guan Eng akan melaksanakannya.



    Tulisan :

    Beruang Biru
    BB646, Jumaat
    3 November 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet Wayang Guan Eng Di Pulau Pinang "