• Bajet RM8.2 bilion Duit Rakyat Untuk Rakyat

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+
    Semalam dalam pembentangan bajet 2018 kerajaan Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan sejumlah RM8,226 bilion keseluruhan bajet yang memberi tumpuan utama terhadap pelaksanaan pembangunan.

    Ini merangkumi RM5,928 bilion untuk pembangunan dan RM2,206 bilion untuk operasi. Secara keseluruhannya bajet tersebut akan memberi faedah kepada rakyat yang memerlukan pembangunan seterusnya daripada kerajaan negeri.

    Namun disebalik pengumuman bajet, terdapat pihak yang cuba mempertikai bajet tersebut dengan alasan peningkatan peruntukkan kerajaan negeri adalah tidak adil bagi rakyat kerana banyak menggunakan wang daripada rakyat.

    Pada mereka setiap cukai yang dikutip adalah hasil daripada rakyat dan kerajaan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya menggunakan untuk meningkatkan perbelanjaan dalam bajet 2018.

    Apa yang dilihat, pihak yang berkenaan hanya melontar dakwaan tanpa mengkaji apa sebenarnya isi utama bajet yang dibentangkan. Berulangkali kali kerajaan menyatakan setiap peruntukkan yang di senarai dalam bajet menitik beratkan kepenyingan rakyat.

    Terutama dalam aspek pembangunan. Memang tidak dinafikan rakyat menyumbang dalam bentuk cukai tetapi ia akan diterjemah ke dalam bentuk pembangunan yang akan memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Juga tidak mengira lapisan masyarakat.

    Penerapan bajet jelas mengurus segala urusan kewangan yang disumbang oleh rakyat akan kembali kepada rakyat. Tidak timbul agenda kerajaan mengguna wang rakyat untuk membazir apa yang rakyat telah sumbangkan.

    Ternyata dakwaan pihak tertentu hanya untuk mengelirukan rakyat semata-mata disamping ia merupakan agenda politik yang sengaja untuk menghasut pemikiran rakyat. Hakikatnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah melaksanakan prinsip dari rakyat kepada rakyat.

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet RM8.2 bilion Duit Rakyat Untuk Rakyat "