• Bajet 2018 Diluluskan Dewan Rakyat

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan Dewan Rakyat malam ini selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.

    Ia diluluskan tanpa sebarang pindaan dan keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee pada pukul 8.44 malam.

    Terdahulu, RUU Perbekalan 2018 dibentangkan untuk bacaan ketiga oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dan disokong oleh Datuk Hamim Samuri (BN-Ledang).

    RUU Perbekalan 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt lepas telah dibahaskan selama 18 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 30 Oktober lalu.

    Ia memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion sebagai perbelanjaan kerajaan pada 2018.

    Persidangan dewan bersambung pada Rabu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet 2018 Diluluskan Dewan Rakyat "