• Aziz DAP Akan Jadi 'Pembangkang' Jika...

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Apa sudah jadi dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

    Terbaru, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang individu dalam parti tersebut yang dipercayai calon yang akan diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Aziz menerusi posting di Facebook berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengacau mana-mana calon kerana hanya menumpukan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

    Kekecewaan menjelma selepas pemimpin muda DAP itu 'kacau daun' termasuk memasuki Kampung Melayu, Kampung Bidayuh dan kawasan Cina.

    "Eh, kalau semua aku, bagus aku jadi calon. Siapa yang nak jadi calon sebenarnya ni?

    "Hello, masa saya akan tiba tiga tahun dari sekarang untuk pilihan raya negeri Sarawak," kataya.

    Menurut Aziz lagi, sebelum pilihan raya negeri, setiap hari beliau masuk kampung.

    "Yang berjalan dengan saya pun dua orang saja, tak ada pula saya nak marah orang yang tak nak tolong saya.

    "Orang tak nak tolong saya, tak ada pula saya mengeluh. Saya sabar dan terus melangkah masuk ke setiap ceruk kampung termasuk kubu kuat Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

    Beliau turut memberi amaran kepada individu tersebut untuk mengawal pengikutnya.

    "Kalau tidak, bila kamu menang esok, saya berjanji akan jadi 'pembangkang' dan 'pengkritik' paling hebat kamu.

    "Kalau terpaksa guna media, aku akan guna media. Jadi, tolong jangan jaga tepi kain orang lain," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Aziz DAP Akan Jadi 'Pembangkang' Jika... "