• Askar Dipecat Setelah Aksinya Menendang Kucing Dirakam CCTV

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Seorang tentera Belarus telah dipecat gara-gara aksinya yang menyepak kucing di jalanan yang sempat dirakam oleh CCTV ketika beliau sedang berjalan di kota Polots, Belarus.

    Rakaman CCTV menunjukkan ketika askar itu berjalan seekor kucing berada berhampiran. Pada awalnya dia tidak menyedari akan kehadiran kucing itu kerana sedang sibuk bercakap dengan dua lagi rakannya.

    Apabila dia menoleh dia terlihat akan kucing itu. Kucing itu berlari sebelum berhenti memandang askar berkenaan. Tiba-tiba askar tersebut menyepak kucing itu hingga kucing itu terpelanting mengenai dinding. Kucing itu kemudiannya jatuh dan berlari ketakutan sambil dikejar oleh lelaki tersebut.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertaraf Wilayah Vitebs mendedahkan bahawa lelaki yang menyepak kucing itu ialah seorang askar dan telah dipecat.

    Seorang pegawai dari Unit Milotia Polotsk mengatakan perbuatan lelaki tiu sangat teruk dan menghina nama Kementerian Dalam Negeri. Namun tiada maklumat diperolehi oleh askar itu terhadap undang-undang gara-gara seekor kucing.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Askar Dipecat Setelah Aksinya Menendang Kucing Dirakam CCTV "