• AS tentang resolusi PBB akhiri sekatan Cuba

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) semalam mengundi untuk menentang resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa untuk mengakhiri sekatan perdagangan AS ke atas Cuba, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Negara Selasa lalu.

    Perhimpunan Agung dengan 193 anggota itu cuba memperkenalkan resolusi berkenaan dengan 191 undi menyokong.

    Israel sekali lagi bersama AS, sekutu utamanya menentang resolusi berkenaan.

    AS secara konsisten mengundi untuk menentang resolusi sedemikian selama 24 tahun.

    Tetapi buat pertama kali pada 2016, ia menyokong ketika berada di bawah mantan Presiden Barack Obama, apabila Washington dan Havana menjalin hubungan yang lebih erat. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " AS tentang resolusi PBB akhiri sekatan Cuba "